Bagi penghuni negara tanpa salji, menyentuh salji selalu menjadi impiannya. Jangan bimbang, kita tidak perlu kenegara Eropah untuk mengalami salji, negara Korea siap merealiasasikan mimpi anda. Anda boleh ke Gangwon Korea Selatan untuk bermain ski sempena Ski Festival.
 Festival Ski, Gangwon-Korea
Tidak pandai berbahasa Korea ? jangan bimbang kerana terdapat pelbagai bahasa digunakan untuk mengajar ski dan snowboarding serta mengalami pengalaman budaya dan bermacam persembahan yang menarik. Di Korea, pengunjung boleh menikmati dunia ski melalui Fun Skii Festival, the Go! Go! Ski Festival dan the Snow Tube Race Festival.

Daemyung VIVALDI PARK menyediakan empat musim kompleks yang dilengkapi dengan taman tema, golf club dan juga menunggang kuda. Kemudahan yang mudah dari kota Seoul menyebabkan pengunjung atau pelancong senanh menemukan Daemyung VIVALDI PARK. Sejak pelancarannya pada tahun 2015, VIVADI PARK telah berkolaborasi dengan Ski dan K-Food dan seterusnya dengan Ski dan K-Culture.
 Festival Ski, Gangwon-Korea
Selain itu, makanan terbaik turut dihidangkan untuk pengalaman terbaik ketika melancong ke Korea. Anda berpeluang menikmati Korean Street food dan makanan tradisi Korea. Semua hidangan tersebut  disediakan atau dimasak sendiri oleh Jung Jin Seop, seorang masterchef  VIVALDI PARK yang pernah dinobatkan sebagai 'Master of Korean fermented food' oleh World Food Culture Centre. Tidak hanya itu, masterchef juga akan mengajar anda bagaimana menyediakan hidangan Korea yang sebenarnya. 

Fun Ski and Snow Tube Festival di Yongpyong Resort
 Festival Ski, Gangwon-Korea
Festival ini diadakan pada pertengahan bulan Disember sehingga awal bulan Mac di Yongpyong Resort, iaitu ski resort yang pertama di Korea dan terkenal dengan penganjuran pelbagai pertandingan antarabangsa.  Resort ini menjanjikan pengalaman musim sejuk yang pasti sukar dilupakan kerana anda turut diajar ski atau snowboarding oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang sukan ini.
Go ! Go! Ski di High 1 Resort
 Festival Ski, Gangwon-Korea
Festival ini diadakan pada pertengahan bulan Disember sehingga awal bulan Mac di High 1 Resort, dimana perlengkapan terbaik turut disediakan. Ia menjanjikan pengalaman yang pasti tidak akan dilupakan oleh pelancong dari seluruh negara terutama dari negara yang tidak bersalji. Para pengunjung akan berpeluang belajar ski dari orang yang berpengalaman serta mengalami keindahan persembahan dan kepelbagaian  budaya masyarakat Korea.