Kumpulan Wang Simpnan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa pencarum yang berumur bawah dari 55 tahun akan diberikan kelulusan automatik bermula pada 8 Mac 2021.
  • I-SINAR KWSP
Jumlah Pengeluaran Kelulusan Tanpa Syarat

Walaupun kelulusan tanpa syarat telah diberikan tetapi jumlah pengeluaran adalah mengikut jumlah simpanan seperti.

1) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke bawah 
  • Dapat mengeluarkan jumlah pengeluaran sehingga RM 10,000
  • Pembayaran dibuat secara berperingkat maksimum sehingga 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 5,000.

2) Simpanan Akaun 1 RM 100,000 dan ke atas
  • Jumlah pengeluaran maksimum sehingga RM 60,000
  • Pembayaran juga dibuat secara berperingkat maksimum 6 bulan
  • Bayaran bulan pertama maksimum RM 6,000

Contoh Situasi Atau Pertanyaan Yang Mungkin Anda Belum Tahu

Situasi A :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan 
  • Telah menerima interim RM 1,000
  • Permohonan sedang diproses
Jawapan :

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.

Situasi B :

Ahli telah membuat permohonan sebelum 8 Mac dan
  • Belum menerima interim RM 1,000
  • Status permohonan : Dokumen sokongan diperlukan
Jawapan : 

Permohonan akan diberikan kelulusan dan status bayaran boleh disemak pada 8 Mac 2021.